REDHA, sabar
dan ikhlaskah kita apabila ditimpa sesuatu musibah kepada diri sendiri atau
anggota keluarga kita? Di mulut, mungkin kita mampu berkata redha dan bersaba n
tidak semua orangtetapi di dalam hati kecil, tiada siapa yang tahu musibah itu
bagaikan petir yang mampu mengoyak-rabakan hati. Memang sukar dan tidak semua orang
mampu mendidik hati menerima musibah Allah dengan hati terbuka.
Sebagai manusia yang lemah, kita
wajib mendidik hati supaya bersikap redha, sabar dn ikhlas apabila ditimpa
musibah walaupun ia amat pahit. Sebelum datangnya musibah, lidah kita memang
mudah berkata redha tetapi apabila
musibah benar-benar menimpa, hati boleh berbelah bahagi untuk menyatakan
pendirian.
Ya, musibah itulah yang menjadi
jawapan apa yang diucapkan oleh lidah kita. Bukankah Allah sudah menjelaskan
dalam surah Al-Ankabut ayat 2 bermaksud, “Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak uji
lagi?”
Perlu diingat, apabila ditimpa
musibah, kita mesti yakin kepada diri mampu untuk menanggungbmusibah itu biat
berat bagaimanapun sekalipun. Allah tidak saja-saja mahu menimpakan
musibah melainkan sudah menyediakan
hikmahnya. Allah lebih tahu sama ada
musibah yang ditimpakan itu sesuai atau tidak untuk hamba-Nya memikul.
Kesabaran menghadapi setiap musibah disabdakan oleh Rasulullah
SAW: Dari Abu Said dan Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Tiadalah seorang Muslim menderita kelelahan atau penyakit atau kesusahan
(kerisauan hati) hingga tertusuk duri
melainkan semua itu akan menjadi penebus kesalahan-kesalahanya.” – Hadis
Bukhari dan Muslim.
Hati kita hanya akan ikhlas apabila
ditimpakan musibah berupa kenikmatan tetapi apabila ditimpakan musibah yang
merugikan, sukar sekali untuk menyatakan keikhlasan. Bagaimanapun secara umumnya, orang-orang
beriman mampu melahirkan keikhlasan dan bersabar saat diuji Allah. Mereka
menganggap musibah itu perkara biasa yang mesti ditempuhi mereka yang mengaku
hamba Allah.
Jika sebelum ini, ada perasaan buruk sangka terhadap Allah,
hapuskanlah perasaan itu. Yakinlah Allah sentiasa akan meletakkan kedudukan hamba-hamba-Nya ke tingkat yang
tinggi dan mulia kecuali jika hamba-hamba-Nya yang sengaja meminta supaya diri diperhinakan.
Keikhlasan seseorang yang menerima
musibah Allah dapat dilihat dari sinaran pancaran wajahnya. Tidak ada sedikit
pun rasa kesal, kesungguhan sewaktu
melakukan amal ibadah seperti biasa meskipun dalam kepayahan menerima
musibah. Sebagai contoh, apabila
seseorang ditimpa musibah penyakit. Dalam kepayahan menahan sakit, keikhlasan
menerima musibah dapat dijelmakan apabila tetap teguh melakukan ibadah tanpa
sebarang alasan.
Inilah yang Allah mahukan
sebenarnya. Walaupun diuji dengan kesakitan dan kepayahan perintah Allah tetap
dilaksanakan kerana hati yang ikhlas dan bertambah dekat dengan Allah. Orang
seperti ini, Allah sedang mengatur rancangan untuk menyediakan satu kehidupan
yang lebih baik selepas berakhir musibah ini.
Orang yang sakit sebenarnya lebih
dekat dengan Allah. Sungguh nikmat kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit. Justeru apabila ditimpa musibah penyakit, manusia sanggup berhabisan
wang ringgit asalkan kesihatannya dapat diperolehi semula.
Apakah caranya untuk mendapatkan nikmat kesihatan? Caranya ialah berdoa dan
memohon keampunan Allah. Allah yang memberikan musibah penyakit, dengan izin
Allah juga sesuatu penyakit dapat disembuhkan. Bukan mustahil jika seseorang
yang ditimpakan penyakit yang tiada harapan sembuh tetapi kerana dia ikhlas dan
redha serta tidak putus asa berusaha, Allah akan memberikan keringanan
penyakitnya.
Kuasa Allah tidak ada sesiapa yang mampu menolaknya. Inilah yang dikatakan sesudah kesulitan ada
kesenangan, iaitu penyakit itu disembuhkan setelah puas diuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan