Isnin, 23 Januari 2017

ISTIGHFAR KUNCI SOLUSI




KADANG-kadang kita buntu memikirkan jalan keluar apabila sesekali dicuit ujian. Seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuk itu. Hidup pula terus dihimpit sehingga kita hilang pertimbangan. Emosi sering tidak tenteram, dan jiwa tidak tenang. Akhirnya kita sanggup mengambil keputusan yang  merugikan diri sendiri.

 Sebenarnya kita lupa Allah  SWT sudah sediakan jalan penyelesaian. Dia tidak pernah meninggalkan kita, kecuali kitalah sebenarnya yang ‘membelakangkan-Nya’ saat ujian datang menerjah.

Cuba fikir kembali, apakah yang kita lakukan apabila datangnya ujian?

Apa pula yang sering disebut tatkala hidup semakin dihimpit masalah yang berlarutan sehingga menyesakkan dada dan fikiran?

Adakah kita menyebut perkataan ini, ‘Astagfirullah’, atau terus mencari sesuatu yang lain untuk melepaskan apa yang menyesakkan dada?

Sebenarnya itulah kalimah yang mudah disebut, tetapi jarang diamalkan. Rupa-rupanya ia boleh meringankan bebanan masalah yang menggunung. Siapa sangka dengan hanya memperbanyakkan istighfar, banyak masalah dapat diselesaikan tanpa disangka-sangka.

“Ish! Mustahillah! Itu sahajakah caranya?”

Lihat, betapa kita tidak yakin dengan Allah SWT. Padahal Dialah yang mencipta masalah dan Dia jugalah yang membuka jalan penyelesaian.

Kita lupa hal itu.

Ya, kita lupa.

Tiada ulasan: