BOLEHKAH
musibah diundang? Persoalan ini sudah pasti menjadi tanda. Siapakah di antara
kita yang mahu mengundag musibah sedangkan jika boleh, kita semua mahu mengelak
daripada musibah atau jangan sekali-kali ditimpa musibah.
Ya, musibah boleh diundang. Sedar
atau tidak, sebenarnya setiap musibah yang ditimpakan ke atas manusia banyak
berpunca daripada tindak tanduk manusia itu sendiri seperti melakukan kemaksiatan
yang melampai sehingga lupa larangan Allah. Bukankah ini mengundang musibah
namanya?
Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran
yang boleh dijadikan sandaran seperti dalam surah An-Nissa ayat 79, surah
asy-Syuura ayat 30, surah Az-Zumar ayat51, , surah-Al-Maidah ayat 49 dan banyak
lagi dalam surah-surah lain.
Sebagai contoh, seseorang yang
kesempitan rezeki berusaha menambahkan rezeki dengan bersolat tahajud, solat
duha, bersedekah, memperbaiki semua amal ibadah lalu Allah memakbulkan doanya.
Daripada seorang yang hidup susah, dia berusaha dan akhirnya berjaya di dalam
perniagaan.
Apabila sibuk dengan peniagaan dan
banyak urusan, amal ibadahnya turut terjejas, tiada lagi solat tahajud, solat
dhuha, tiada sedekahnya malah kadang-kadang solat fardunya tertinggal. Oleh
kerana terlalu sibuk memgejar dunia, masjid dan majlis ilmu yang sebelum ini
dihadiri dilupakan terus.
Perkara-perkara yang tidak disedari
dan dianggap remeh inilah yang akan mengundang musibah. Yakni, Allah akan
menegurnya supaya sedar dan kembali ke
pangkal jalan. Sekiranya tiada sedar juga dan terus mengejar kenikmatan dunia,
bukan mustahil Allah akan menimpakan musibah dan menarik semula nikmat yang
telah diberikan.
Perlu dingat, dalam mengejar
keduniaan, jangan sesekali meninggalkan urusan akhirat kerana manusia yang
bersyukur akan ditambah nikmatnya manakala manusia yang kufur, Allah akan
menambahkan siksaannya. Contoh di atas merupakan peristiw ayang kerap berlaku
di sekeliling hidup kita.
Satu contoh lain seorang yang hidup dalam kemewahan, mempunyai pangkat dan
kuasa tetapi tidak digunakan untuk ke jalan Allah. Sebaliknya digunakan untuk
menzalimi orang yang lemah, tidak mahu bersedekah atau berzakat, tidak mahu
membantu orang yang susah, hidup dalam keangkuhan dan kesombongan serta
mementingkan diri sendiri.
Apa yang dilakukan oleh orang yang
diberikan nikmat oleh Allah tetapi tidak digunakan dengan cara yang diredai
Allah, percayalah musibah akan datang dalam pelbagai bentuk. Orang seperti ini
sedang mengundang musibah di dalam hidupnya tanda disedari. Mereka menganggap
semua yang ada pada mereka akan kekal sehingga mereka mati.
Tetapi tanggapan mereka salah sama
sekali. Apabila Allah mahu menguji, Allah akan menurunkan musibah. Tidak mustahil, apabila sudah sampai masanya
Allah menimpakan musibah seperti rumah mewah mereka runtuh, atau terbakar, atau
dimasuki perompak dan pelbagai bentuk musibah lagi. Dalam masa sekelip mata segala kemewahan itu akan
lenyap begitu sahaja.
Dalam surah al-Anbiya ayat 35, Allah
mengingatkan maksudnya, “Tiap-tiap yang berjiwa
akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan
dikembalikan.”
Sekarang,
cuba tanya kepada diri sendiri apakah yang sedang kita lakukan dalam hidup
kini, mengundang musibah atau sedang mengundang nikmat Allah? Jika kemewahan dan harta benda yang kita ada
tidak menjurus kepada mendapat redha
Allah, muhasabah segera sebelum musibah mengetuk pintu hidup kita.
Jadikan hidup kita ini sebagai manusia
yang beruntung di sisi Allah apabila tindak tanduk kita sekarang ini
berpandukan syariat Allah. Sekiranya kita memiliki berbagai-bagai kelebihan
bantulah mereka yang serba kekurangan. Jika kita hidup dalam serba kekurangan,
berusahalah untuk mendpaatkan nikmat Allah tetapi jangan lupa setelah mendapat
nikmat Allah, mereka lupa diri.
Sebenarnya
banyak sekali tindak tanduk kita dalam hidup ini yang banyak mengundang musibah
tanpa kita sedari. Kita membuang sampah merata-rata sehingga menutup saliran air
yang boleh menyebabkan banjir apabila hujan. Kita banyak melakukan penebangan
hutan yang boleh menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur, sedangkan Allah sudah memberikan peringatan
segala kerosakan di muka bumi adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri.
Allah memberikan peringatan ini
dalam surah As-Syura ayat 30 bermaksud, “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh
perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari
kesalahan-kesalahanmu.”
Perhatikan diri kita sendiri adakah kita
sedang menjemput musibah datang dalam hidup kita atau kita sedang berusaha
mengelakkannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan