SAMA
ADA disedari atau tidak, kebanyakkan penghuni neraka terdiri daripada kaum
wanita. Mengapakah kaum wanita? Apakah kaum lelaki juga tidak melakukan dosa
sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi penghuni neraka?
Pada satu hari Saidatina Aisyah r.a
bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah kebanyakan kaum wanita itu adalah isi
neraka?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana
ramai kaum wanita itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan
cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami
serta melakukan kerja rumah.”
“Adakah lagi ya Rasululah?” Tanya
Saidatina Aisyah r.a lagi.
Kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan
lagi, mereka tidak memuji atau berterima kasih (bersyukur) di atas kemurahan
Allah yang didatangkan mellaui suaminya (pemberian suami). Sering engkar
terhadap nikmat Allah ketika bertengkar dengan suaminya sepereti tidak
bersyukur dengan apa yang ada. Gemar berkata sesuatu yang sia-sia seperti
mengumpat atau memperkecil-kecilkan suami. Kaum wanita ini tidak diterima
sembahyangnya kecuali setelah meminta ampun dan maaf daripada suaminya.
Di dalam agama banyak tegahan yang
melibatkan kaum wanita supaya meninggalkan atau menjauhinya. Di antaranya kaum
wanita dilarang supaya memakai bau-bauan apabila keluar rumah kerana ia boleh
menyebabkan perkara maksiat.
Kaum wanita juga dilarang supaya bermasam
muka sehingga suami tersinggung. Selagi mereka tidak bermanis muka dan senyum
mesra kepada suaminya, selagi itu Allah
akan memurkainya.
Selain itu, kaum wanita dilarang
mengerjakan puasa sunat kalau tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan seorang
lelaki masuk ke dalam rumah juga tanpa izin suaminya.
Larangan seumpama itu bertujuan
untuk mengelakkan sebarang pelakuan dosa. Oleh yang demikian, kaum wanita
digalakan pula supaya mentaati suaminya.
Rasulullah s.a.w dalam satu hadis
berkata, “Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama mana
ia masih taat kepada suami dan
diredai-Nya.”
Untuk mengelakkan kaum wanita
termasuk di kalangan penghuni neraka, Rasulullah s.a.w berpesan melalui sebuah
hadis yang direkodkan oleh Muaz, katanya, “Mana-mana wanita yang berdiri di
atas dua kaminya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka Allah mengharamkan muka dan tangannya dari kebakaran
api neraka.”
Thabit Al-Bananiy menceritakan,
seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya melayan suaminya
dengan baik. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dia akan
memegang pelita sehingga suami habis makan.
Pada satu malam, pelitanya telah
kehabisan sumbu lalu dia mengambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Pada
keesokan harinya, dia mendapati sebelah matanya yang buta telah celik dan dapat
melihat. Di atas ketaaan terhadap suaminya itu, Allah telah mengurniakan
kemuliaan kerana ketaatan kepada suaminya.
Oleh itu Rasulullah s.a.w sentiasa
berpesan, katanya, “Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya, ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya
perintahnya (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.”
Sementara itu Rasulullah s.a.w juga
pernah berpesan kepada puteri baginda, Fatimah Az-Zahra, katanya, “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyak rambut anaknya, menyikatnya, mencuci
pakaian mereka, memandikan mereka, Allah akan mencatatkan untuknya pekerja baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang
jahat dan menjadiikan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang-orang yang
melihatnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan