KALAU ditanya siapa mahu kaya, rasanya tiada yang kata
tidak. Malah, orang kurang akalnya pun akan berkata, “Saya pun mahu kaya.”
Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya mencari
kekayaan tetapi biar berpada dan tidak meninggalkan agama. Bahkan kita juga
sering diingatkan agar tidak terlalu mengejar nikmat dunia supaya akhirat tidak
kita abaikan.
Daripada
Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini rumah bagi orang yang tiada
mempunyai rumah di akhirat, dan harta orang yang tidak berharta di akhirat dan
yang mengumpulnya (keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal.” – HR Imam
Ahmad.
Apabila
dikatakan dunia ini ibarat rumah bagi mereka yang tidak ada rumah di akhirat
kelak, ia sebenarnya satu sindiran kepada kita yang terlalu sibuk mencari hal
keduniaan semata-mata. Akibatnya, kita secara perlahan-lahan akan meninggalkan
akhirat jauh di belakang.
Sedar
atau tidak, perbuatan ini sebenarnya seolah-olah menzalimi diri sendiri. Nikmat
dunia seperti kekayaan harta, pangkat dan jawatan kita mahu raih
sebanyak-banyaknya. Kalau boleh langsung tidak mahu terlepas kepada orang lain.
Siang dan malam kita berusaha mendapatkannya dan hati berasa puas apabila semua
keinginan diperolehi.
Cuma
satu sahaja nak tanya, tahu atau tidak yang semua kemewahan yang ingin dimiliki
itu tidak akan kita bawa bersama saat tubuh mencecah liang lahat?
Oh,
tahu...
Jadi, kenapa lebih dahulukan dunia berbanding
akhirat? Sudah cukupkah bekal untuk dibawa berkelana ke akhirat nanti?
Ingat,
bekal akhirat itu lebih utama berbanding perkara dunia yang langsung tiada
nilainya.
Jadi,
salahkah kalau saya mahukan semua itu sekarang ini?
Tidak
salah. Kita semua tidak pernah dihalang untuk mencari kekayaan, tetapi Allah
akan marah jika kita tinggalkan akhirat untuk dunia. Itu sahaja.
Bukankah
Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada kita, iaitu apabila akhirat dikejar
maka dengan sendirinya urusan dunia akan datang tanpa ada kurangnya. Apalah
gunanya kita berusaha bermati-matian ketika di dunia tetapi apabila saatnya,
akaun akhirat kita sifar!
Hakikatnya
orang beriman tidak rela membiarkan
dirinya dalam kerugian. Mereka akan menyeimbangkan antara dunia dan akhirat.
Jika mereka bekerja, mereka tidak lupa untuk beribadat.
Jika mendapat rezeki,
mereka tidak lupa untuk bersedekah dan berzakat. Apabila mereka berhajatkan
sesuatu, mereka berusaha di samping meminta kepada Yang Maha Memberi, dan tidak
hanya berusaha semata-mata.
Lihat,
di situ ada kesimbangan dan inilah yang agama mahukan.
Jadikan
apa yang kita miliki di dunia ini sebagai jambatan menuju akhirat. Insya-Allah
jika kita niatkan tujuan hidup ini untuk mencari bahagia di akhirat, maka Allah
SWT tanpa ‘ragu-ragu’ akan memberkati
hidup, bahkan menjadikan kita jutawan di dunia dan akhirat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan